Manchester United, Tottenham Hotspur tentukan juara Liga Europa

DUA gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Tottenham Hotspur akan berentap dalam perlawanan akhir Liga Europa yang dijadualkan berlangsung di Stadium San Mames pada 22 Mei depan.
The Red Devils kendalian Ruben Amorim mara kejuaraan perlawanan akhir kejuaraan tahap dua itu selepas menjinakkan gergasi La Liga Sepanyol, Athletic Bilbao, 7-1 secara agregat.
Manchester United yang membawa bekalan 3-0 dari San Mames pada minggu lalu, bagaimanapun buntu untuk memecahkan benteng pertahanan Athletic Bilbao yang memimpin 45 pertama hasil jaringan Mikel Jauregizar minit ke-31.
Separuh masa kedua, Amorim memperkemaskan bahagian serangan United mula menekan anak buah Ernesto Valverde.

Pemain gantian Mason Mount memulakan gol pertama pasukan tuan rumah pada minit ke-72 sebelum Casemiro menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-79.
Bintang United, Rasmus Højlund kemudian menjadikan kedudukan 3-1 dengan gol minit ke-85 sebelum Mount menutup pesta gol The Red Devils ke atas Lehoiak dengan gol minit ke-91.
United akan berdepan Tottenham yang menewaskan kelab Norway, Bodo/Glimt, secara agregat 5-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua.
Di Stadium Aspmyra, The Lillywhites kendalian Ange Postecoglou yang membawa bekalan tiga gol dari perlawanan timbal balik pertama sebelum ini bermula buntu 45 minit pertama.
Bagaimanapun separuh masa kedua anak buah Postecoglou mula meningkatkan yang akhirnya berjaya mencipta jaringan hasil gol
Dominic Solanke minit ke-63 dan Pedro Porro minit ke-69 untuk kemenangan 2-0 ke atas Superlaget bimbingan Kjetil Knutsen tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
