Masri Pegawai Kewangan Negeri Sembilan baharu

Aminuddin menyerahkan watikah pelantikan kepada Masri pada Rabu.
Aminuddin menyerahkan watikah pelantikan kepada Masri pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Datuk Mohd Khidir Majid.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan itu merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, integriti dan komitmen ditunjukkan beliau sepanjang berkhidmat dalam sektor awam.

"Semoga beliau terus diberikan kekuatan, ketajaman hikmah serta iltizam dalam memikul amanah ini demi memperkukuh pengurusan kewangan Negeri Sembilan ke arah yang lebih cemerlang dan berdaya tahan.

"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Khidir atas sumbangan cemerlang beliau sepanjang berkhidmat sejak 2018 hingga 2025. Jasa dan kepimpinan dihargai dan akan terus dikenang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!