Pengurus Felcra direman kerana terima rasuah

Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Raub untuk perintah reman pada Selasa.
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Raub untuk perintah reman pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pengurus kawasan Felcra Berhad di Kuala Lipis direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah.

Suspek berusia 43 tahun ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Raub pada Isnin.

Dia disyaki menerima suapan antara RM1,000 hingga RM3,000 dari tahun 2023 sehingga 2024.

Suapan diterima dipercayai sebagai dorongan membantu mendapatkan kerja-kerja dan memudahkan urusan kerja untuk sebuah syarikat di Felcra Berhad cawangan tersebut.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Raub untuk proses permohonan reman pada Selasa.

Mahkamah membenarkan reman ke atas suspek selama enam hari bermula Selasa hingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rosnaida Abdul Razak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!