[VIDEO] Nora mahu dilepaskan, suami enggan cerai

A
A
A

PERKAHWINAN penyanyi terkenal, Nora Ariffin terus menjadi perhatian apabila suaminya, Dr Rushdi Ramli memilih untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Menerusi prosiding pertama yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Selasa, Dr Rushdi berkata, beliau masih menyayangi isterinya dan tidak mahu sewenang-wenangnya bercerai kerana ia adalah perkara ditegah dalam Islam.

"Saya menolak permohonan perceraian yang dilakukan oleh isteri terhadap saya. Saya tidak bersetuju kerana masih menyayangi perkahwinan ini dan mahu mempertahankan perkahwinan kami.

“Dalam Islam juga haram untuk kita bercerai tanpa alasan yang muhasabah,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Dalam masa sama, Dr Rushdi memberitahu, keluarga pertamanya dilihat sudah menerima perkahwinan kedua ini dan beliau juga berusaha untuk menjernihkan semula hubungan kekeluargaan.

Perkahwinan penyanyi terkenal, Nora Ariffin terus menjadi perhatian apabila suaminya, Dr Rushdi Ramli memilih untuk mempertahankan perkahwinan mereka.
Perkahwinan penyanyi terkenal, Nora Ariffin terus menjadi perhatian apabila suaminya, Dr Rushdi Ramli memilih untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

"Berdasarkan pemerhatian saya yang ikhlas, saya nampak keluarga pertama saya sudah pun menerima perkahwinan saya dengan Datuk Nora.

“Mereka pun tidak merungut apa-apa tetapi mengharapkan tidak ada perubahan yang berlaku terhadap hubungan kami sekeluarga.

"Malah usaha untuk menjernihkan semula hubungan kekeluargaan pernah dilakukan dan kehidupan berpoligami ini memang ada pasang surutnya, saya tidak boleh nafikan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi suami kena bijaksana dan tegas untuk mengemudi dengan baik. Sekarang ini proses (menjernihkan hubungan) masih berterusan dan jika tidak diselesaikan, ada akibatnya pada saya seperti fikiran berserabut," jelasnya.

Sementara itu Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Ariffin, 52, berkata, beliau tidak menjangkakan keputusan hari ini, namun lebih bersedia seandai suaminya memilih untuk melafazkan talak.

Kata pelantun Di Persimpangan Delima itu, beliau tidak mahu melalui kitaran yang sama sekiranya perkahwinan mereka diteruskan pada masa akan datang.

“Sejujurnya saya tidak tahu apa keputusan dia hari ini kerana tidak pernah tanya, malah saya lebih bersedia kalau dia nak teruskan (lafaz cerai).

“Saya kena fikir juga kalau meneruskan (perkahwinan) ia akan menjadi perkara yang sama dan mahu keluar dari perkara toksik.

“Keputusan dia (suami) hari ini saya rasa tidak dipengaruhi oleh sesiapa, jadi saya sebagai isteri hanya hormati tetapi perlu berbincang,” katanya.

Dalam masa sama, Nora mengakui lega apabila mengetahui Dr. Rushdi masih mahu meneruskan perkahwinan dan rasa disayangi.

"Seronok juga, rasa dia sayang lagi, tetapi kena fikir juga langkah seterusnya. Kami tidak bermusuh, dia terlalu baik, tiada apa yang mahu dibenci.

"Cuma saya terlalu penat lalui semua ini, sampai bila? Saya juga sudah cuba pelbagai cara untuk selesaikan, tetapi pusing-pusing perkara sama. Saya nak keluar dari persekitaran toksik," jelasnya.

Awal pagi tadi, Nora dan Dr Rushdi hadir ke mahkamah secara berasingan untuk sebutan pertama kes perceraian mereka.

Pada 21 April lalu, Nora hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.

Sekadar info, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara pada tahun 2021.

Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!