Nora Danish teruja terima Al-Quran, buku agama Karya Bestari

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali Nora Danish teruja menerima hadiah al-Quran dan beberapa buku agama terbitan Karya Bestari pada Jumaat.
Menerusi hantaran Instagram peribadi pelakon itu, Nora berkongsi beberapa video ulasannya menerima buku Tadabbur dan Aplikasi Surah Al-Kahf, jurnal Perbaiki Aku serta naskhah Al-Quran Al-Karim sebagai tanda terima kasih atas pemberian tersebut.
“Terima kasih kepada Karya Bestari. Alhamdulillah rezeki Nora mendapat banyak buku pada tahun ini.
“Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan buku seperti ini (genre agama), ia boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web Karya Bestari,” kata Nora melalui media sosial miliknya.

Nora turut berbesar hati membuka balutan al-Quran yang diterima untuk berkongsi kandungannya dengan orang ramai.
“Al-Quran ini memudahkan kita untuk memahami kaedah lima waktu menghafal, dilengkapi dengan lima blok warna, kata kunci, motivasi dan tema ayat. Kulit muka depannya juga sangat cantik.
“Setiap blok mewakili satu jam yang mengajar kita cara khas untuk menghafal. Al-Quran ini juga direka lengkap dengan panduan tempoh masa serta terjemahan,” ujarnya.
Selain itu, Nora juga menunjukkan jurnal untuk memperbaiki diri dan buku khusus untuk surah Al-Kahf.
Jelas artis berusia 43 tahun itu, kedua-dua bahan bacaan berkenaan dapat membantunya menguatkan hafalan serta meningkatkan pemahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mendalam.
“Nora baru bercakap tentang surah Al-Khaf ini. Seronoknya, tidak sabar untuk membaca kesemuanya,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
