Wanita maut terjatuh tingkat 7 parkir pusat beli-belah

Lokasi kejadian di mana seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh parkir pusat beli-belah di Bayan Lepas dalam kejadian Sabtu lalu. Gambar kecil: Sazalee
Lokasi kejadian di mana seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh parkir pusat beli-belah di Bayan Lepas dalam kejadian Sabtu lalu. Gambar kecil: Sazalee
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga tempatan ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan parkir sebuah pusat beli-belah di Bayan Lepas pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mangsa berusia 29 tahun yang berasal dari Sungai Bakap, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa maut akibat kecederaan parah selepas terjatuh dari tempat letak kereta di kawasan selatan (south area) pusat beli-belah berkenaan.

"Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 12.47 tengah hari daripada anggota polis bantuan yang bertugas di kawasan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh dan mayat ditemukan di kawasan berhampiran laluan ‘loading bay’ pusat beli-belah terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sazalee menambah, barangan peribadi milik mangsa turut ditemukan di dalam sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai milik mangsa.

"Seorang saksi awal iaitu pekerja pasar raya memaklumkan melihat mangsa jatuh dari atas kira-kira jam 12.44 tengah hari ketika sedang memandu menuju ke kawasan ‘loading bay’.

"Hasil siasatan juga mendapati mangsa keluar dari rumah kira-kira jam 9 pagi dan kali terakhir berhubung dengan ahli keluarga pada jam 12 tengah hari bagi memaklumkan hasrat untuk membeli makanan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Sazalee, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pelbagai yang konsisten kerana jatuh dari tempat tinggi)," ujar beliau.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). "Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sehubungan itu, polis memohon orang ramai tampil memberikan maklumat atau rakaman berkaitan insiden tersebut untuk polis menjalankan siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!