Elak bayar hutang, wanita buat laporan palsu disamun

Tangkap layar hantaran berhubung kejadian yang dimuat naik seorang pengguna Facebook dipercayai ahli keluarga wanita berkenaan.
Tangkap layar hantaran berhubung kejadian yang dimuat naik seorang pengguna Facebook dipercayai ahli keluarga wanita berkenaan.
A
A
A

KUANTAN – Seorang wanita nekad membuat laporan polis palsu dengan mendakwa dirinya disamun di Taman Pandan Damai, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suri rumah berusia 57 tahun itu dipercayai bertindak demikian bagi mengelak membayar hutang dan sewa rumah.

Menurutnya, wanita berkenaan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading, di sini, kira-kira pukul 9.40 pagi.

“Berdasarkan laporan diterima, suri rumah itu mendakwa disamun oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta berwarna hitam serta bersenjatakan pemutar skru.

“Wanita itu turut mendakwa wang tunai RM1,500 dan barang kemas miliknya dilarikan suspek dalam kejadian yang dikatakan berlaku berhampiran padang Taman Pandan Damai,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, hasil siasatan lanjut mendapati tiada kejadian samun berlaku.

“Sebaliknya, wanita tersebut membuat laporan palsu atas kepentingan diri sendiri.

“Dia juga berada dalam keadaan waras ketika membuat laporan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular satu kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook dipercayai ahli keluarga wanita berkenaan mengenai kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!