Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Dua saksi buat laporan polis berhubung rakaman audio libatkan Ketua Menteri Melaka

A
A
A

Dua individu telah tampil membuat laporan polis berhubung rakaman audio yang mengaitkan bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam dakwaan konspirasi politik melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Peguam Mohamad Ali, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, laporan polis oleh kedua-dua saksi itu dibuat secara sukarela masing-masing pada 4 dan 5 Mei lalu di Balai Polis Batang Tiga, Melaka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727206/berita/semasa/dua-saksi-buat-laporan-polis-berhubung-rakaman-audio-libatkan-ketua-menteri-melaka

#SinarHarian #BeritaSemasa #KonspirasiPolitik #KMMelaka #audioRauf