Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Legasi 28 tahun Puncak Niaga

05 Mei 2025 | Wawancara
A
A
A
BERMULA dari sebuah syarikat pengurusan air dan air sisa, Puncak Niaga Sdn Bhd mengorak langkah menjadi jenama konglomerat terkemuka yang kini terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan.

Ditubuhkan pada Januari 1997 oleh Tan Sri Rozali Ismail, Puncak Niaga merupakan manifestasi kerja keras dan pengorbanan anak Felda Gedangsa, Hulu Selangor yang bercita-cita tinggi mengubah nasib diri dan keluarga.

Syarikat yang bermula dari bawah, kini bernilai berbilion ringgit dan tersenarai di Bursa Malaysia, Puncak Niaga adalah nama besar terus kekal dalam mengharungi cabaran perniagaan hampir tiga dekad.

Terkini, Puncak Niaga sedang mengintai peluang perniagaan di peringkat Asia dalam sektor pembekalan produk halal dengan perbincangan sedang dilakukan dengan sebuah syarikat dari Korea Selatan.