Jun Hao raih pengalaman berguna di Xiamen

Pemain perseorangan, Leong Jun Hao meraih pengalaman berguna dalam saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen. Foto BAM
Pemain perseorangan, Leong Jun Hao meraih pengalaman berguna dalam saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen. Foto BAM
A
A
A

BIARPUN misi terhenti di suku akhir, namun pemain perseorangan, Leong Jun Hao meraih pengalaman berguna dalam saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen.

Perasaan bercampur baur menyelubungi kapten berusia 26 tahun itu setelah skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh gergasi badminton dunia, China pada Jumaat.

Jun Hao mendedahkan bahawa rakan sepasukan sudah memberikan yang terbaik, namun tuah tidak memihak mereka setelah muncul naib juara Kumpulan C dan tewas 0-3 kepada China.

"Kami sudah memberikan yang terbaik untuk sampai ke peringkat ini. Saya bangga, walaupun ini kali pertama jadi kapten, kami beraksi sebagai satu pasukan dengan baik," katanya.

Jun Hao sebelum ini berjaya menggalas misi dengan cemerlang apabila menyumbang mata penting dalam dua aksi peringkat kumpulan menentang Perancis dan Jepun, termasuk menewaskan pemain utama Jepun di ranking tujuh dunia, Kodai Naraoka.

Namun ketika berdepan pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi, Jun Hao yang diharap dapat mencipta magis, tumpas dalam aksi straight set 6-21, 14-21 dalam tempoh 38 minit.

"Mungkin apa yang saya rancang tidak menjadi sepenuhnya dan saya berdepan kekangan tertentu di gelanggang. Namun saya sudah mencuba sedaya upaya saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!