Mayat berikat dalam longkang

Mayat mangsa ditemui di dalam longkang dalam keadaan tangan serta kaki berikat.
Mayat mangsa ditemui di dalam longkang dalam keadaan tangan serta kaki berikat.
A
A
A

GOMBAK - Satu mayat ditemui di tepi jalan utama Ulu Yam menghala ke Batu Caves, di sini, pagi tadi dalam keadaan tangan dan kaki berikat dengan kepalanya ditutup baju.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.15 pagi berhubung penemuan mayat lelaki di dalam longkang.

Menurutnya, pemeriksaan forensik terdapat dua kecederaan pada mangsa iaitu dua jari kaki kanan dan satu jari kaki kirinya dipotong.

"Turut terdapat kecederaan pada bahagian muka dan kesan calar pada anggota badan mangsa.

"Mangsa dipercayai warga asing berdasarkan pemeriksaan badannya tidak menemui kesan suntikan BCG," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumput untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, sila hubungi atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: