Sufian Suhaimi akhirnya 'off market'

Setelah melalui pelbagai onak ranjau, Sufian dan Rania akhirnya bergelar suami isteri.
Setelah melalui pelbagai onak ranjau, Sufian dan Rania akhirnya bergelar suami isteri.
A
A
A

Penyanyi dan usahawan terkenal, Sufian Suhaimi, 33, selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Rania Al Sadat, 25, dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat.

Majlis akad nikah disempurnakan sekitar jam 9.30 pagi dengan sekali lafaz, disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas, bersama 3 dulang hantaran berbalas 5, termasuk sebentuk cincin dan gelang buat pengantin perempuan.

Sufian dan Rania yang juga merupakan peguam dan model pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 2023, namun terlerai pada 2024.
Sufian dan Rania yang juga merupakan peguam dan model pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 2023, namun terlerai pada 2024.

Pasangan ini mula berkenalan sejak tahun 2022 dan telah mengikat tali pertunangan pada awal Februari 2025. Selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga, mereka sepakat untuk melangsungkan pernikahan hanya dua bulan selepas bertunang.

Menurut Sufian yang juga merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini, majlis resepsi akan diadakan secara sederhana dan tertutup dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja, bertempat di ibu kota, dengan jumlah jemputan yang terhad.

Lebih istimewa bersempena tarikh keramat ini, Sufian turut mempersembahkan sebuah karya istimewa buat para peminat – sebuah lagu bertajuk Saksi, hasil ciptaan Sirkhan, Namjan dan Rinkarnaen.

Lagu ini membawa naratif kisah cinta pasangan ini, dan turut disertakan dengan muzik video eksklusif yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Sufian bermula jam 2 petang Jumaat.

Rania turut tampil secara istimewa dalam muzik video tersebut sebagai simbolik kepada perjalanan cinta mereka yang kini menemui pelabuhan bahagia.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan lanjut, pasangan ini memaklumkan bahawa mereka akan terus komited terhadap kerjaya masing-masing. Sufian kini sedang giat menyiapkan album sulungnya yang dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Terdahulu, penyanyi lagu Di Matamu dan Terakhir itu menyatakan sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan tidak menolak kemungkinan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.

Katanya, beliau berhajat ingin mendirikan rumah tangga tahun ini dan tidak sabar untuk berkongsi berita gembira kepada umum.

Terdahulu, Sufian dan Rania yang juga merupakan peguam dan model pernah mengikat tali pertunangan pada tahun 2023.

Namun hubungan mereka diuji apabila April tahun lalu, penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan telah dipulangkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!