Bakar rumah mentua kerana cinta terhalang

AS sempat menyelamatkan mentuanya selepas membakar kediaman mangsa. Foto Agensi
AS sempat menyelamatkan mentuanya selepas membakar kediaman mangsa. Foto Agensi
A
A
A

BARRU - Seorang lelaki nekad membakar rumah mentuanya kerana cinta terhalang.

Insiden yang berlaku diJl Jendral Sudirman Kelurahan Sumpang Binangae, Kecamatan Barru, Kabupaten Barru, Sulawesi Selatan di Indonesia pada minggu lalu itu agak unik kerana pelaku dikenali sebagai AS, 40, sempat menyelamatkan mentuanya.

"Dia bukan berniat mahu mencederakan sesiapa, tetapi berasa sakit hati kerana dikhianati keluarganya. Dia naik angin selepas isterinya 'disembunyikan' di rumah tersebut kerana mentuanya mahu memisahkan mereka," lapor TribunJateng.com.

Sementara itu, jurucakap polis, Ipda Muhammad Fauzi berkata, AS memilih jalan yang salah dengan berbuat demikian.

"Meskipun tiada nyawa terkorban, harta benda rumah itu musnah dijilat api dan kerugian dianggarkan mencecah 120 juta rupiah (RM31,248)," jelasnya sambil menambah AS berjaya diberkas beberapa jam selepas kejadian tersebut.

Menurutnya lagi, pelaku menggunakan pertalite untuk membakar rumah tersebut.

AS perlu menanggung akibat perbuatannya selepas dia didakwa di bawah Pasal 187 Ayat 1 KUHP yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!