Lelaki patah kaki dihempap pokok

Keadaan mangsa yang dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja membuat arang di Kampung Jongok Batu, Dungun.
Keadaan mangsa yang dihempap pokok ketika melakukan kerja-kerja membuat arang di Kampung Jongok Batu, Dungun.
A
A
A

DUNGUN – Seorang lelaki cedera selepas dihempap batang pokok ketika melakukan kerja-kerja menghasilkan arang di Kampung Jongok Batu di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa, Mohd Subari Abd Rahman, 45, dikatakan mula melakukan kerja menebang pokok bersama isterinya, Nurul Zaleha Mohd Nor sekitar jam 9.30 pagi sebelum ditimpa insiden itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Mohd Izzuddin Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.49 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera FRT bersama enam anggota ke lokasi kejadian.

Mangsa dibawa ke lokasi selamat sebelum diserahkan kepada ambulans.
Mangsa dibawa ke lokasi selamat sebelum diserahkan kepada ambulans.

"Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian jam 12.22 tengah hari dan mendapati mangsa telah dihempap sebatang pokok di bahagian kaki kanan.

"Kita segera bertindak menstabilkan mangsa dan membawanya turun ke kawasan selamat menggunakan scop stretcher," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang patah pada bahagian betis telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

Anggota bomba bertindak menstabilkan mangsa dan membawanya turun ke kawasan selamat menggunakan 'scop stretcher'.
Anggota bomba bertindak menstabilkan mangsa dan membawanya turun ke kawasan selamat menggunakan 'scop stretcher'.

Jelasnya, setakat ini operasi menyelamat mangsa yang diketuai Komender Operasi, Kama Suhaimi Abdullah masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!