Pelajar istimewa terima keputusan cemerlang SPM

Oscar menerima ciuman daripada ibunya, Har Yin Chun, 39, selepas dia dinobatkan pelajar cemerlang CBK Perak.
Oscar menerima ciuman daripada ibunya, Har Yin Chun, 39, selepas dia dinobatkan pelajar cemerlang CBK Perak.
A
A
A

IPOH - Seorang pelajar lelaki kurang upaya (OKU) fizikal tangan kiri mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang diumumkan, hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS),di sini, Oscar Wong Kinn Lap, 18, mendapat 4A+, 5A dan 1A- sekali gus disenarai sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Perak.

Anak kepada pasangan mekanik dan suri rumah itu berkata, dia mengalami kecacatan itu sejak lahir dan kekurangan itu tidak menjejaskan keyakinannya untuk berkawan dan belajar.

“Rakan-rakan banyak membantu saya dalam pelajaran terutama ketika belajar secara kumpulan. Kami saling membantu jika ada kelemahan dalam subjek yang dipelajari. Saya hanya belajar antara satu atau dua jam setiap malam ketika di rumah.

"Saya merancang menyambung pelajaran di Tingkatan Enam dan mengambil bidang berkaitan keselamatan siber di peringkat universiti,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan SPM 2019 di Jabatan Pendidikan Perak di sini.

Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan Perak, Dr Abdul Aziz Bari (kanan) beramah mesra dengan kesemua 15 pelajar cemerlang Perak.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan Perak, Dr Abdul Aziz Bari (kanan) beramah mesra dengan kesemua 15 pelajar cemerlang Perak.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, seramai 15 pelajar daripada 29,667 calon memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran.

“Daripada jumlah itu, seramai 732 calon memperoleh keputusan cemerlang dan daerah Bagan Datuk mencapai Gred Purata terbaik negeri iaitu 4.56 mata.

Artikel Berkaitan:

“Daerah Hulu Perak pula menunjukkan peningkatan mata Gred Purata tertinggi iaitu 5.08 mata,” katanya.

Dr Mohd Suhaimi
Dr Mohd Suhaimi

Menurutnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Gerik, menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah tertinggi.

“Selain itu, seramai 96 calon CBK menduduki peperiksaan dan hanya 45 calon layak dianugerahkan SPM.

“Kita harap analisis keputusan ini boleh digunakan untuk menambah baik kualiti pendidikan negara untuk melahirkan modal insan seimbang seperti dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Seramai 15 pelajar daripada 29,667 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.
Seramai 15 pelajar daripada 29,667 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.