14 maut hotel terbakar

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sebuah hotel di bandar Kolkata, India terbakar.
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sebuah hotel di bandar Kolkata, India terbakar.
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sebuah hotel di bandar Kolkata, India terbakar.

Menurut pegawai tempatan, kebakaran berlaku di sebuah bangunan di pusat bandar Kolkata pada petang Selasa dan hanya berjaya dikawal pada pagi Rabu.

Ketua Menteri negeri Bengal Barat, Mamata Banerjee dalam hantaran di platform media sosial X berkata, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 99 orang dari lokasi kejadian.

“Saya memantau operasi menyelamat dan pemadaman sepanjang malam serta menggerakkan sepenuhnya khidmat bomba di kawasan terbabit.

“Seramai 14 orang disahkan terkorban kerana terdapat bahan mudah terbakar disimpan di dalam premis. Siasatan telah diarahkan,” katanya.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun ia dilaporkan bermula di tingkat satu Hotel Rituraj, sebuah bangunan enam tingkat yang terletak di kawasan komersial Burrabazar.

Menurut laporan media tempatan, kebanyakan mangsa maut akibat sesak nafas.

Seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri, manakala 13 lagi yang cedera dikejarkan ke hospital. – Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!