[VIDEO] Penyanyi rap Akon tunai umrah

Akon menunaikan umrah dan ramai peminat tidak mengetahui dirinya adalah Muslim.
Akon menunaikan umrah dan ramai peminat tidak mengetahui dirinya adalah Muslim.
A
A
A

GAMBAR penyanyi dan rapper terkenal antarabangsa, Akon sedang menunaikan ibadah umrah tular di laman sosial.

Ketika melaksanakan umrah, penyanyi yang popular dengan lagu Lonely dan Right Now itu turut mendedahkan bahawa Islam adalah satu-satunya kunci kejayaan dan menegaskan bahawa semua kejayaannya daripada ALLAH, lapor Muslim Community Report.

Gambar dan videonya bersama ahli keluarga serta rakan selebriti berada di Makkah dan menunaikan umrah buat pertama kali yang dimuat naik di laman sosial menarik perhatian ramai.

Ramai peminat yang tidak mengetahui Akon seorang Muslim terkejut melihat dia bergambar berlatarbelakangkan Kaabah dan melaksanakan tawaf.

Akon berasal dari Senegal merupakan artis popular dunia melalui lagu-lagu hit antaranya Smack That dan Don't Matter selain terkenal dengan aktiviti kebajikan seperti projek bantuan khas memberi tenaga elektrik kepada rakyat di negara Afrika dikenali Akon Lighting Africa yang bermula sejak tahun 2014.

"Akon telah memeluk Islam? Subhanallah," tanya @afiqah namun @mndiayah menjelaskan, "Akon memang lahir sebagai Muslim dan ramai yang tidak tahu perkara itu."

Bagaimanapun, peminat yang berkongsi video dan gambar tersebut bersyukur dan mendoakan penyanyi berusia 46 tahun itu terus istiqamah mendalami Islam.

Difahamkan, pemilik nama Aliaume Damala Badara Akon Thiam itu telah mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi sebelum menuju ke Tanah Suci.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu posting video dimuat naik di Twitter @feysal_jr memaparkan Akon memakai ihram dan menunaikan umrah mencecah lebih 418,100 tontonan daripada peminat seluruh dunia.