Dijerat 'pegawai LHDN'

Gambar hiasan - Foto 123RF Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar hiasan - Foto 123RF Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang guru tuisyen menyerahkan nombor pin perbankan dalam talian miliknya kelmarin kepada individu tidak dikenali akibat terlalu takut selepas dimaklumkan akan ditahan kerana terlibat kes pengedaran dadah.

Mangsa berusia 34 tahun itu kerugian RM18,579 selepas wang simpanannya hilang sekelip mata dipercayai ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Wazir Mohd Yusof berkata, sebelum kejadian itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa mempunyai hutang dan panggilan itu disambungkan kepada bank negara dan pihak polis.

"Individu di talian itu memaklumkan mangsa terlibat dengan kes pengedaran dadah dan meminta memberikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, selang beberapa jam selepas itu, mangsa membuat semakan secara online dan mendapati dua pindahan wang berjumlah RM18, 579 dimasukkan ke akuan seorang lelaki pada jam 11.13 hingga 11.16 pagi hari yang sama.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis kerana rasa dirinya ditipu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Wazir memaklumkan suspek diperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak bank negara dan meminta mangsa memberikan nombor TAC.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikuti Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.