Hubungan Taylor Swift-Blake Lively kembali pulih

Justin Baldoni didakwa menjadi punca keretakan hubungan Swift dan Lively.
Justin Baldoni didakwa menjadi punca keretakan hubungan Swift dan Lively.
A
A
A

HUBUNGAN persahabatan antara penyanyi pop terkenal Taylor Swift dan aktres Blake Lively baru-baru ini menjadi perhatian ramai setelah terpalit dalam konflik undang-undang.

Konflik itu bermula apabila pelakon dan pengarah bersama filem It Ends with Us, Justin Baldoni 'memetik' nama Swift dalam dokumen saman balas yang difailkannya.

Baldoni mendakwa Lively telah menggunakan pengaruh rakan-rakannya termasuk Swift dan suaminya, pelakon Ryan Reynolds untuk menekan beliau menerima perubahan skrip filem It Ends with Us yang dicadangkan.

Dakwaan itu disokong oleh pertemuan yang berlaku di kediaman Lively dan Reynolds, yang mana Swift dikatakan memuji skrip tersebut.

Bukan itu sahaja, dokumen mahkamah turut mendedahkan mesej teks daripada Lively, merujuk Swift dan Reynolds sebagai “naga” yang melindunginya, merujuk dirinya seperti watak Khaleesi dalam siri popular Game of Thrones.

Swift yang terkenal dengan prinsip dan ketegasan dalam kerjaya serta kehidupan peribadinya, dikatakan amat terkesan dan sangat terluka kerana terheret dalam isu ini.

Menurut sumber terdekat kepada People, Swift memilih untuk menjauhkan diri buat sementara waktu dari Lively sebagai tanda tidak setuju dengan situasi yang berlaku.

Namun begitu, bintang Gossip Girl itu telah memohon maaf kepada Swift atas keterlibatannya yang tidak disengajakan.

Bagaimanapun, tidak mustahil Swift akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes itu yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2026, kerana kehadirannya dalam pertemuan yang disebut dalam dokumen mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!