Merealisasikan Impian: Rakan Grab, keluarga bakal tunai umrah percuma

Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia, Rashid Shukor dan Ketua Operasi Pemandu Grab Malaysia, Nur Zafira Azahar meraikan empat pemenang bertuah Umrah Bersama Rakan Grab bersama keluarga mereka dalam majlis penyampaian hadiah baru-baru ini.
Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia, Rashid Shukor dan Ketua Operasi Pemandu Grab Malaysia, Nur Zafira Azahar meraikan empat pemenang bertuah Umrah Bersama Rakan Grab bersama keluarga mereka dalam majlis penyampaian hadiah baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Sepanjang bulan Ramadan, kempen kedua Umrah Bersama Rakan Grab Malaysia telah menghimpunkan ribuan rakan-pemandu dan rakan-penghantar yang berkongsi kisah kesyukuran dan penghargaan sepanjang bulan yang mulia ini.

Selepas beberapa minggu dengan angka penyertaan yang memberangsangkan, empat individu yang layak telah dipilih sebagai pemenang pakej umrah percuma tahun ini.

Bagi meraikan detik bersejarah ini, Grab Malaysia telah mengadakan majlis penyampaian hadiah yang penuh bermakna yang dihadiri oleh para penerima dan keluarga mereka.

Setiap pemenang menerima Pakej Umrah 12 hari, 10 malam untuk empat orang yang merangkumi tiket penerbangan, penginapan di Mekah dan Madinah, sajian, pengangkutan dari lapangan terbang, buku panduan dan kursus umrah serta khidmat mutawif yang ditugaskan sepanjang perjalanan mereka.

Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata r,akan-pemandu dan rakan-penghantar adalah nadi platform mereka dan Grab Malaysia amat berbangga dapat meraikan dedikasi mereka melalui inisiatif seperti Umrah Bersama Rakan Grab.

“Kami memahami kepentingan perjalanan rohani ini dan ia satu penghormatan bagi kami untuk memainkan peranan dalam membantu rakan-rakan kami merealisasikan impian seumur hidup ini.

“Di Grab, kami kekal komited untuk menyokong dan mengangkat komuniti yang telah berkembang bersama, bukan sahaja di bulan Ramadan dan Raya, tetapi di setiap langkah perjalanan mereka," katanya.

Sementara itu, Mohd Khairi bin Saamri, rakan-pemandu Grab yang berdedikasi sejak 2018, menganggap Grab sebagai ‘Game Changer’ sebenar yang telah membolehkan kelima-lima anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Artikel Berkaitan:

MOHD KHAIRI
MOHD KHAIRI



Dilimpahi rasa syukur dan gembira, dia turut berkongsi perasaannya tentang kemenangan ini.

"Saya amat bersyukur dan gembira kerana terpilih. Menunaikan umrah bersama orang tersayang telah menjadi impian kami sekian lama.

“Saya akan membawa isteri, anak perempuan dan anak lelaki saya dalam perjalanan istimewa ini. Peluang ini sangat bernilai, bukan sahaja dari segi kos, tetapi sebagai satu rahmat sekali seumur hidup bagi keluarga kami untuk menziarahi Makkah dan Madinah bersama-sama.

“Saya amat berterima kasih kepada Grab kerana menjadikan impian ini kenyataan,” ujarnya.

Manakala bagi seorang lagi pemenang, Muhammad Azwan bin Abdull Khalib, rakan-penghantar sejak 2021, yang pernah berusaha sendiri menghadiahkan umrah kepada ibu bapanya, kini berpeluang merealisasikan impian isterinya ke Tanah Suci melalui kemenangan ini berkongsi,

MUHAMMAD AZWAN
MUHAMMAD AZWAN



Jelasnya, dia amat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT dan Grab kerana memberi peluang untuk menjadi tetamu-Nya dan kepada Grab kerana menjadikan impian ini kenyataan.

“Menunaikan umrah telah menjadi impian yang lama,dan ia lebih bermakna kerana saya dapat membawa isteri tersayang, ibu mertua dan abang bersama saya.

“Ini adalah rahmat sekali seumur hidup yang tidak pernah saya jangkakan. Saya berharap perjalanan ini akan mengukuhkan ikatan kekeluargaan kami dan membawa keberkatan yang tidak terhingga, di dunia dan akhirat, insyaAllah," katanya.

Kempen Umrah Bersama Rakan Grab adalah sebahagian daripada inisiatif Ramadan Grab Malaysia yang lebih besar, Kebaikan Dalam Setiap Pesanan, yang meraikan komuniti yang menjadikan platform ini berkembang maju.

Rashid (tiga, kiri) dan Nur Zafira (tiga, kanan) bersama empat pemenang pakej percuma umrah.
Rashid (tiga, kiri) dan Nur Zafira (tiga, kanan) bersama empat pemenang pakej percuma umrah.



Sebagai jenama yang berakar umbi di Malaysia, Grab menghayati nilai-nilai yang dekat di hati rakyat Malaysia dan kekal komited untuk mewujudkan peluang bermakna untuk komunitinya.

Pemenang-pemenang lain pakej umrah percuma adalah:

• Mohd Khairi bin Saamri – Rakan-Pemandu Grab sejak 2018

• Muhammad Azwan Bin Abdull Khalib – Rakan-Penghantar Grab sejak 2021

• Siti Najihah Binti Abd Halim – Rakan-Pemandu Grab sejak 2019

• Muhammad Azurin Bin Mohd Azman – Rakan-Penghantar Grab sejak 2022

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!