SUV terbabas di kaki lima kedai ubat

Kereta SUV terbabas di kaki lima kedai ubat. Foto ihsan polis
Kereta SUV terbabas di kaki lima kedai ubat. Foto ihsan polis
A
A
A

KUALA PILAH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Santa Fe terbabas di kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah di Jalan Yam Tuan Raden, di sini selepas kemalangan dengan Toyota Vios pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 9.15 pagi itu berlaku apabila pemandu Vios yang sedang bergerak terus tidak sempat mengelak SUV yang keluar dari simpang.

Toyota Vios yang terlibat kemalangan remuk pada bahagian depan. Foto ihsan polis
Toyota Vios yang terlibat kemalangan remuk pada bahagian depan. Foto ihsan polis

"Akibatnya, SUV itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang parkir di hadapan bangunan kedai.

"Kenderaan itu kemudiannya terbabas memasuki kaki lima sebuah kedai ubat di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!