OKT ditahan semula selepas empat jam lolos

OKT yang melarikan diri dari pekarangan IPD Bagan Datuk berjaya ditahan semula di sebuah taman di Hutan Melintang pada Ahad.Gambat kecil: Noor Hisam
OKT yang melarikan diri dari pekarangan IPD Bagan Datuk berjaya ditahan semula di sebuah taman di Hutan Melintang pada Ahad.Gambat kecil: Noor Hisam
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki orang kena tahan (OKT) yang melarikan diri dari pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk berjaya ditahan semula di sebuah taman di Hutan Melintang pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek berusia 27 tahun disyaki aktif dalam kes samun sekitar negeri ini.

"Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang, OKT bertindak menolak anggota yang mengiring ke lokap dan melarikan diri dengan memanjat pagar ke arah jalan besar sebelum menghilangkan diri di kawasan perumahan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, OKT dalam keadaan tangan bergari dan memakai pakaian lokap," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, polis kemudian mengaktifkan Op Tutup serta Op Kesan dan OKT berjaya ditahan semula pada jam 8.22 malam.

"Pihak polis berjaya menahan semula OKT dalam tempoh kurang 24 jam. Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!