Pusara Paus Francis di Rom dibuka untuk orang ramai

Orang ramai beratur untuk memberi penghormatan di pusara mendiang Paus Francis, sehari selepas beliau dikebumikan. Foto AFP
Orang ramai beratur untuk memberi penghormatan di pusara mendiang Paus Francis, sehari selepas beliau dikebumikan. Foto AFP
A
A
A

ROM - Basilica Saint Mary Major di Rom dibuka kepada orang ramai pada Ahad untuk membolehkan penganut memberi penghormatan di pusara mendiang Paus Francis, sehari selepas beliau dikebumikan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ratusan penganut beratur sejak awal pagi Ahad di hadapan gereja sebelum ia dibuka pada 7 pagi (0500 GMT).

Francis memilih gereja di pusat bandar Rom itu sebagai tempat persemadiannya, bukannya Basilica St Peter di Vatican yang menempatkan pusara ramai paus terdahulu.

Paus Francis dikebumikan pada Sabtu selepas istiadat pengebumian besar-besaran di Dataran St Peter yang dihadiri ratusan ribu penganut serta pemimpin dunia.

Para kardinal yang berkumpul untuk upacara pengebumian dan konklaf untuk memilih pengganti Francis, dijadual melawat pusara itu pada 4 petang dan mengadakan doa petang di situ. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!