PM ucap takziah pemergian Paus Francis

Paus Francis.
Paus Francis.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Paus Francis yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di Vatican City pada Isnin.

Anwar menyifatkan Paus Francis sebagai pemimpin yang memperjuangkan keamanan, keadilan dan persefahaman antara agama.

"Beliau juga dikenang sebagai paus pertama dari Selatan Global.

"Paus Francis tegas bersuara tentang isu Gaza, membela nasib pelarian, dan menyeru dunia agar bertindak dengan belas kasihan dan kemanusiaan," katanya dalam hantaran Facebooknya.

Terdahulu, keadaan kesihatan pemimpin Gereja Katolik dan Kota Vatican itu sebelum ini dilaporkan semakin kritikal selepas mengalami beberapa komplikasi kesihatan termasuk radang paru-paru atau pneumonia.

Beliau dimasukkan ke hospital Gemelli, Rom pada 14 Februari lalu selepas mengalami kesukaran bernafas selama beberapa hari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru di kedua-dua belah paru-parunya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi kenangan pernah bertemu Paus Francis pada awal pentadbirannya.

Katanya lagi, menyampaikan ucapan takziah kepada kepimpinan Kota Vatican serta komuniti Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia dan berharap legasi mendiang terus mekar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!