Insa buru penamat sempurna di hujung karier

Natxo Insa. Foto Bernama
Natxo Insa. Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN tengah berpengalaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa tidak menolak kemungkinan pentas final Piala Malaysia malam ini mungkin menjadi antara yang terakhir dalam kariernya.

Justeru, Insa mahu menikmati setiap minit yang dilaluinya bersama Harimau Selatan sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama nanti.

Malah, pemain naturalisasi dari Sepanyol ini tekad menghadiahkan kemenangan buat JDT sekali gus melengkapkan musim sempurna kelab dari selatan tanah air itu dalam saingan domestik.

Musim ini, JDT sudah meraih trofi Piala Sumbangsih, Piala FA dan kejuraaan Liga Super.

“Tahun depan saya akan berusia 40 tahun. Jadi saya sendiri tidak pasti apa masa depan saya selepas ini.

“Piala Malaysia menjadi perlawanan akhir pertama saya musim ini. Jadi saya mahu menikmatinya terlebih dahulu dan sudah tentu menang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!