Ismail Sabri selesai beri keterangan hampir empat jam

Ismail Sabri selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, pada Jumaat. Foto fail Bernama
Ismail Sabri selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, pada Jumaat. Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberikan keterangan untuk kali kesembilan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Jumaat.

Beliau yang memberikan keterangan hampir empat dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 6.55 petang.

Menurut sumber, rakaman percakapan Ismail Sabri selesai setakat hari ini namun tidak dapat mengesahkan berhubung proses rakaman lanjutan melibatkan perdana menteri kesembilan itu.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac lepas, Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah rumah yang dijadikan 'safe house' hasil serbuan SPRM. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!