Nahas pesawat Korea Selatan, sekurang-kurangnya 28 disahkan maut

Sebuah pesawat penumpang Korea Selatan tergelincir dari landasan dan melanggar pagar di sebuah lapangan terbang di bandar Muan, barat daya negara itu. Foto Agensi
Sebuah pesawat penumpang Korea Selatan tergelincir dari landasan dan melanggar pagar di sebuah lapangan terbang di bandar Muan, barat daya negara itu. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat yang membawa 181 orang terbakar selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang di dalam pesawat, menurut pegawai kecemasan.

Video yang dikongsi oleh penyiar tempatan MBC menunjukkan pesawat Jeju Air – sebuah Boeing 737-8AS menurut Flight Radar – mendarat di landasan lapangan terbang Muan dengan asap keluar daripada enjin sebelum keseluruhan pesawat diliputi api dengan cepat.

“Kami setakat ini telah mengesahkan 28 kematian akibat nahas ini,” kata Lee Hyeon-ji, seorang pegawai pasukan tindak balas di jabatan bomba tempatan, kepada AFP.

“Namun, angka itu mungkin meningkat kerana terdapat mangsa yang cedera parah,” tambahnya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!