Tiga maut pesawat ringan terhempas dalam sungai

Siasatan awal mendapati pesawat tersebut sedang terbang di sepanjang Sungai Platte sebelum terhempas ke dalam air. Gambar hiasan
Siasatan awal mendapati pesawat tersebut sedang terbang di sepanjang Sungai Platte sebelum terhempas ke dalam air. Gambar hiasan
A
A
A

LOS ANGELES - Tiga maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam Sungai Platte, di sini pada malam Jumaat lalu.

Menurut Pejabat Sheriff Daerah Dodge, ketiga-tiga mangsa sudah dikenal pasti dan siasatan lanjut telah diambil alih oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

“Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 8.15 malam waktu tempatan. Pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan agensi kecemasan segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu dengan penggunaan dron bagi mengesan lokasi dan mangsa,” katanya.

Siasatan awal mendapati pesawat tersebut sedang terbang di sepanjang Sungai Platte sebelum terhempas ke dalam air.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai faktor cuaca atau keadaan teknikal pesawat yang mungkin menjadi punca kepada insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!