Usaha diplomatik Malaysia wajar jadi model ASEAN - ABIM

Lebih sejuta etnik Rohinya menjadi pelarian di Bangladesh akibat kekejaman junta tentera di Myanmar. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Fahmi)
Lebih sejuta etnik Rohinya menjadi pelarian di Bangladesh akibat kekejaman junta tentera di Myanmar. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Fahmi)
A
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan diplomatik dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani krisis kemanusiaan berpanjangan di Myanmar wajar dijadikan sebagai model utama oleh negara-negara ASEAN.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pendekatan tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia dalam memastikan keamanan menerusi dialog terbuka dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar yang terjejas akibat pasca bencana gempa bumi.

"Peranan Malaysia merupakan langkah penting dalam membina kepercayaan serta membuka ruang untuk penyelesaian adil dan berkekalan setelah sekian lama Myanmar kelihatan disisihkan akibat pertembungan dalaman.

"ABIM melihat inisiatif ini sebagai model diplomatik tahap tinggi yang perlu dijadikan teras utama dalam kalangan negara-negara ASEAN," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, pihaknya menyambut baik pendekatan diplomatik yang inklusif melalui pertemuan bersama kumpulan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN di Bangkok dan sesi perbincangan secara maya bersama pihak Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar itu.

Dalam masa sama, Ahmad Fahmi berkata, pihaknya turut menekankan usaha interaksi dan dialog dengan Myanmar telah berjaya menghentikan konflik bersenjata atas asas kemanusiaan dengan ribuan tahanan politik telah dibebaskan.

"Situasi ini membuka ruang dalam merangka penyelesaian lebih menyeluruh untuk krisis kemanusiaan itu, terutamanya membabitkan beberapa komuniti dalam Myanmar seperti Rohingya, yang berlarutan sehingga membebankan negara-negara serantau," tambah beliau.

Justeru, Ahmad Fahmi berpandangan Malaysia perlu terus memperkukuhkan organisasi ASEAN sebagai platform diplomatik yang dapat berperanan dengan lebih proaktif dan berkesan.

Katanya lagi, peluang itu perlu diambil secara lebih serius dalam menyelesaikan isu pelarian Rohingya yang berlarutan sekian lama.

Artikel Berkaitan:

Bagi beliau, ruang sama wajar dilakukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk terus mengadakan rundingan dan dialog bersama kumpulan berkepentingan lain dalam Myanmar.

"ABIM menegaskan Malaysia mesti terus berperanan secara konsisten dalam menegakkan hak asasi manusia di peringkat serantau dengan memanfaatkan kuasa diplomatik untuk membuat perubahan," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!