Lelaki OKU maut ditikam depan bank

SHAH ALAM - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) maut dipercayai ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, pada Khamis.
Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan itu maut dipercayai ditikam menggunakan pisau kira-kira jam 11 pagi.
Menurut sumber, mangsa sering kali dilihat berada di hadapan kawasan bank ini dipercayai mengemis.
Suspek terlibat dalam kejadian telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

