Sakit hati diejek miskin, lelaki samun mentua RM120,000

SULAWESI SELATAN, INDONESIA - Seorang lelaki di Kabupaten Pinrang, di sini ditahan polis selepas bertindak memecahkan peti besi berisi wang bernilai Rp 402 juta (RM120,000) milik keluarga mentuanya gara-gara sakit hati diejek miskin oleh mereka.
Memetik laporan detikSulsel pada Khamis, Ketua Polis Daerah Pinrang, AKBP Edy Sabhara berkata, pihak polis berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai RU,27, dalam satu kejadian pada 23 Mac lalu kira-kira jam 3 petang waktu Malaysia.
"Mangsa dikatakan bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan jiran mengenai keadaan pagar rumahnya telah terbuka sebelum mendapati wang dalam peti besinya hilang.
"Hasil siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian kerana sakit hati dengan kenyataan mentuanya yang menyebut dirinya miskin," jelasnya.
Kata Edy lagi, wang tunai berkenaan diambil suspek manakala dokumen penting dan peti besi kosong dibuang suspek ke dalam sungai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
