Kerajaan tidak bincang permohonan henti penggunaan istilah kuil haram

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Permohonan Timbalan Presiden MIC M Saravanan untuk jabatan dan agensi kerajaan menghentikan penggunaan istilah kuil haram tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Perkara itu disahkan Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini pada Rabu.
"Tidak dibincangkan," katanya ringkas.
Terdahulu Saravanan dilapor membuat permohonan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri susulan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Taiping, Perak terhadap aduan berhubung sebuah tempat ibadat yang terletak di kawasannya.
Katanya, melabelkan rumah ibadat Hindu seperti itu sebagai haram amat menyinggung perasaan dan tidak sensitif serta mengabaikan fakta sejarah dan budayanya kerana dakwa beliau majoriti kuil berkenaan wujud sewaktu zaman penjajahan British serta Jepun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!