Hospital Pantai ceriakan penghuni Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam

Kakitangan Hospital Pantai Ayer Keroh bersama pelajar Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh Pernu, Melaka.
Kakitangan Hospital Pantai Ayer Keroh bersama pelajar Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh Pernu, Melaka.
A
A
A

MELAKA - Hospital Pantai Ayer Keroh meraikan pelajar Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh, Pernu di sini bersempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Yew Aik berkata, majlis tersebut dilaksanakan bagi meneruskan usaha organisasi perubatan itu dalam memberi impak positif kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

“Hari raya adalah masa untuk berkumpul dalam semangat belas kasihan dan kemurahan hati.

“Kami berbesar hati untuk berkongsi semangat perayaan dengan pelajar cemerlang yang mewakili masa hadapan masyarakat kita,” katanya ketika menyampaikan bantuan ke Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh, Pernu di sini baru-baru ini.

Menurutnya, antara barangan yang diberikan termasuk detergen, ubat gigi, beras, gula dan minyak masak.

"Bantuan yang diberikan diharap dapat memberikan senyuman kepada penerima selain dapat berbakti untuk masyarakat," katanya.

Catherine mengedarkan sumbangan kepada pelajar rumah kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh Pernu, Melaka.
Catherine mengedarkan sumbangan kepada pelajar rumah kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh Pernu, Melaka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Hospital Pantai Ayer Keroh, Catherine Gan berkata, program tersebut bukan sahaja memberikan kegembiraan kepada pelajar, tetapi turut berkongsi semangat berkongsi sempena perayaan Aidilfitri.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Hospital Pantai Ayer Keroh untuk memartabatkan komuniti setempat.

Artikel Berkaitan:

“Hari raya adalah masa yang bermakna untuk berkongsi semangat memberi dan kami berbesar hati untuk mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam Bukit Pegoh, Pernu menyediakan tempat perlindungan dan pendidikan untuk lebih 100 pelajar yang kurang berkemampuan serta golongan yatim piatu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!