[VIDEO] Penghantar barang terlepas hukuman mati

A
A
A

MELAKA - Seorang penghantar barang terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 10.8 kilogram empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Yee Kok Chong, 44, pada akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 10,898 gram kira-kira jam 7.05 malam di bangku kayu, Persimpangan Lereh 3 di sini pada 14 Januari 2021.

Kok Chong (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Ayer Keroh Melaka pada Selasa.
Kok Chong (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Ayer Keroh Melaka pada Selasa.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Mohd Radzi berkata, mahkamah berpendapat, kegagalan pendakwaan memanggil saksi penting yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah menyebabkan prejudis terhadap pembelaan tertuduh.

"Dengan itu mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan satu keraguan munasabah terhadap tertuduh. Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kok Chong (tengah) bersalaman dengan peguam belanya selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah.
Kok Chong (tengah) bersalaman dengan peguam belanya selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Firdaus Saleh manakala tertuduh diwakili peguam M Haresh dan Ramzani Idris.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dikemukakan seoanjang prosiding perbicaraan yang bermula pada tahun 2021.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!