PRK Ayer Kuning: Tunai tanggungjawab akhir sebelum bersara

Mahamat selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sebelum bersara.
Mahamat selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sebelum bersara.
A
A
A

TAPAH - Biarpun dalam keadaan 'uzur', seorang anggota polis berjaya melaksanakan tanggungjawab akhir sebagai seorang pengundi awal dalam pilihan raya sebelum bersara berwajib tahun ini.

Koperal Mahamat Udin, 60, merupakan antara 500 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor pada Selasa.

"Saya tetap hadir awal untuk tunaikan tanggungjawab ini meskipun kesihatan tidak berapa baik selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Bidor, enam tahun lalu.

"Ini juga menjadi pengalaman pertama mengundi fizikal dengan mencelup jari ke dalam dakwat. Sebelum ini, saya undi pos," katanya ketika ditemui di sini.

Dia yang berkerusi roda dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai menjalani proses membuang undi sekitar jam 8.50 pagi.

Sementara itu, seorang wanita Orang Asli yang dalam tempoh berpantang turut berjaya menunaikan tanggungjawab mengundi awal sambil menggendong bayi lelaki yang berusia 32 hari.

Surya selesai menjalani pengundian awal di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor meskipun masih berpantang.
Surya selesai menjalani pengundian awal di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor meskipun masih berpantang.

Suri rumah, Surya Mat, 40, berkata, seawal jam 7 pagi dia telah bersiap-siap sebelum dibawa suami untuk membuang undi.

"Saya terpaksa membawa anak keempat, Shane Alfie Shukor bersama kerana anak masih lagi kecil dan tiada siapa yang dapat membantu menjaganya.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak perlu beratur panjang kerana petugas SPR banyak membantu. Syukurlah proses mengundi berjalan sekejap sahaja," katanya.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintenden Azhar Hashim (empat dari kiri) bersama anggotanya selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Selasa.
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintenden Azhar Hashim (empat dari kiri) bersama anggotanya selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Selasa.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir; Abdul Muhaimin Malek (Perikatan Nasional) dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!