X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang Dewan Rakyat 9 Mac ditangguh Mei depan

Mohamad Ariff
A
A

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya berlangsung 9 Mac ini hanya akan bermula pada 18 Mei depan.

Perkara itu disahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof kepada Berita Harian Online malam tadi.

“Surat sudah diterima malam tadi. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen pagi ini.

“Tiada persidangan pada 9 Mac (Isnin). Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020,” menurut laporan portal berkenaan.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan Ahad lalu memohon sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga Parlimen diteruskan sepertimana sudah ditetapkan sebelum ini iaitu 9 Mac depan.

Menurut PH, sebagai gabungan yang mendapat sokongan 112 ahli Parlimen, sidang itu adalah peluang terbaik bagi menentukan sokongan kepada Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: PH mohon sidang Dewan Rakyat 9 Mac diteruskan

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan pada 9 Mac ini sehingga 16 April depan dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahad lalu Mohamad Ariff dilaporkan berkata, beliau akan menulis secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menanyakan sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!