Usaha lindungi alam sekitar, menangani perubahan iklim tanggungjawab bersama - PM

Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim tidak boleh digalas oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak termasuk sektor ekonomi, agensi berkaitan dan rakyat.

Anwar berkata, negara-negara seperti United Kingdom (UK) dan China telah membuktikan bahawa dasar dan undang-undang yang mantap mampu memberikan hasil yang signifikan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim.

"Negara seperti UK dan China telah buktikan bahawa dasar dan undang-undang yang mantap, seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), mampu hasilkan pulangan dan membantu hadapi impak perubahan iklim,” katanya menerusi hantaran di media sosial selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim pada Isnin.

Beliau berkata, Malaysia juga akan terus memperkemas dasar dan perundangan berpandukan Perlembagaan dan kuasa negeri bagi memastikan tindakan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat.

Anwar berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan Malaysia kekal komited terhadap Perjanjian Paris demi menjamin masa depan yang lestari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!