Bekas ADUN UMNO sah masuk Pas

Wan Noorashikin (empat dari kanan) menyerahkan borang keahlian Pas kepada Abdul Hadi ketika ceramah mega PN di Kampung Tanjung Keramat, Tapah pada Sabtu.
Wan Noorashikin (empat dari kanan) menyerahkan borang keahlian Pas kepada Abdul Hadi ketika ceramah mega PN di Kampung Tanjung Keramat, Tapah pada Sabtu.
A
A
A

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Pas pada Sabtu mengumumkan penyertaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin daripada UMNO untuk menyertai parti itu.

Borang keahlian Wan Norashikin, 52, diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena Ceramah Mega Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat, di sini.

Turut menyaksikan momen tersebut ialah Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Wan Norashikin
Wan Norashikin

Wan Norashikin yang hadir berjubah hitam dan berniqab ditemani suaminya iaitu Setiausaha Pas Kawasan Tapah, Muhammad Noor Farid Zainal.

Bekas Ketua Wanita UMNO Perak itu menang di kerusi DUN Kampong Gajah selama dua penggal iaitu pada 2018-2022 dan 2008-2013.

Pada 2018 lalu, Wan Norashikin menewaskan calon Pas dengan majoriti 1,416.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pula, beliau menewaskan calon Pas dan Pakatan Harapan (PH) dengan memperoleh 11,026 undi.

Artikel Berkaitan:

Wan Norashikin diberi peluang bertanding semula pada PRU15 di kerusi sama, namun tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Zafarulazhan Zan mewakili Pas.

Dalam kerajaan Perak, beliau diberi kepercayaan menerajui Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO negeri sejak 2020 hingga 2022.

Mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak itu diuji dengan pemergian suaminya, Allahyarham Edi Razman Mohd Ismail yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mei 2021.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!