Saman Sarawak Report: Hadi suruh tunggu kes

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

MARANG - “Kes masih dalam perjalanan mahkamah, kita tunggulah,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkembangan kes saman terhadap Sarawak Report di United Kingdom.

Ahli Parlimen Marang itu turut memaklumkan kutipan kos guaman bagi membiayai perjalanan kes tersebut atas dasar solidariti ahli dan tidak mengetahui jumlah yang berjaya dikutip setakat ini.

“(Kutipan dana itu) orang Pas. (Jumlah dana) Itu kena tanya bendahari Pas,” katanya ringkas ketika ditemui media kediamannya di Rusila, di sini, baru-baru ini.

Pada 21 April lalu, Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London susulan laporan diterbitkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2017.

Kos guaman bagi membiayai perjalanan kes dikumpulkan atas dasar solidariti ahli.
Kos guaman bagi membiayai perjalanan kes dikumpulkan atas dasar solidariti ahli.

Laporan itu mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan Pas sebagai usaha Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ‘menarik’ kepimpinan parti Islam itu menyokong BN dan Umno.

Dalam pada itu, Pas dikatakan berjaya mencapai matlamat bagi memungut sejumlah RM400,000 bagi membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report pada minggu lalu.

Malah berdasarkan kenyataan Bendahari Pas, Razman Zakaria yang dipetik daripada sebuah portal, malah jumlah yang dipungut setakat ini melebihi jumlah yang diperlukan parti itu.

Artikel Berkaitan:

Razman berkata, Pas berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit daripada sumbangan anggota parti dan pihak lain minggu lalu dan ia melepasi sasaran RM400,000 yang diperlukan buat masa ini.