Polis kesan pemandu, penunggang terlibat insiden langgar lari

Tangkap layar video kemalangan yang tular membabitkan sebuah kereta dan motosikal dalam kejadian kira-kira jam 3.56 petang, Rabu lalu.
Tangkap layar video kemalangan yang tular membabitkan sebuah kereta dan motosikal dalam kejadian kira-kira jam 3.56 petang, Rabu lalu.
A
A
A

AMPANG - Seorang penunggang motosikal menjadi mangsa langgar lari membabitkan sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2, Pandan Indah di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Mazda 3 berwarna putih dan sebuah motosikal yang belum dikenal pasti jenisnya.

"Penunggang terbabit berada di lorong tengah daripada tiga lorong sedia ada sebelum dirempuh di bahagian tepi sebelah kanan oleh kereta Mazda 3 yang secara tiba-tiba menukar lorong dari kanan ke tengah.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa dipercayai terjatuh di tengah jalan manakala motosikalnya terbabas ke lorong kanan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kereta yang dipercayai melanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2, Pandan Indah di sini, Rabu lalu.
Kereta yang dipercayai melanggar sebuah motosikal dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2, Pandan Indah di sini, Rabu lalu.

Katanya, identiti semua individu terlibat dalam kemalangan terbabit belum dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dijalankan.

"Pemandu kenderaan serta penunggang motosikal dan saksi kejadian untuk tampil membuat laporan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan ke talian 03-92740112 untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, tular video kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal dalam kejadian kira-kira jam 3.56 petang.

Kejadian terbabit tular selepas rakaman kamera papan pemuka memaparkan insiden berkenaan dimuat naik ke Facebook oleh pemilik akaun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!