China bidas sekatan AS, dakwa ganggu rantaian bekalan global

Laporan Sinar Harian berhubung langkah perdagangan baharu AS yang menyasarkan sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal China.
Laporan Sinar Harian berhubung langkah perdagangan baharu AS yang menyasarkan sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal China.
A
A
A

BEIJING - Sebuah pertubuhan industri China dalam sektor logistik pada Sabtu menyatakan bantahan tegas terhadap langkah sekatan Amerika Syarikat susulan siasatan Seksyen 301 ke atas sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal China, lapor Xinhua.

Persekutuan Logistik dan Pembelian China dalam satu kenyataan berkata tindakan Amerika Syarikat itu akan menjejaskan kepentingan penyedia perkhidmatan logistik, pemilik kapal dan kargo, pengimport dan pengeksport serta pengguna di kedua-dua negara, sekali gus merencatkan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan dijangka meningkatkan kos logistik antarabangsa, menggugat kestabilan rantaian bekalan dan industri global serta mengancam pertumbuhan ekonomi dunia.

Persekutuan itu turut menggesa ahlinya serta rakan seangkatan dalam industri logistik, pembelian dan rantaian bekalan di seluruh dunia supaya memperkukuh kerjasama dalam usaha memastikan kelancaran dan kestabilan operasi rantaian industri dan bekalan global dalam menghadapi cabaran dasar perlindungan perdagangan oleh Amerika Syarikat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!