Beruang matahari seberat 110kg ditangkap di Dabong

Seekor beruang matahari seberat 110 kilogram berjaya ditangkap Perhilitan Kelantan selepas berkeliaran dan mengganggu penduduk di Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai pada Khamis. - Foto: Perhilitan
Seekor beruang matahari seberat 110 kilogram berjaya ditangkap Perhilitan Kelantan selepas berkeliaran dan mengganggu penduduk di Kampung Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai pada Khamis. - Foto: Perhilitan
A
A
A

KUALA KRAI – Seekor beruang matahari seberat 110 kilogram berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan selepas berkeliaran dan mengganggu penduduk di Kampung Gua Ikan, Dabong, di sini pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima aduan pada 19 Mac lalu mengenai kehadiran haiwan liar itu yang telah mendatangkan ketakutan dan ancaman kepada penduduk setempat.

“Bertindak atas maklumat tersebut, kami telah ke lokasi dan memasang dua unit perangkap di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, hasil usaha tersebut seekor beruang berjaya ditangkap dan akan dipindahkan ke habitat lebih sesuai.

Ujarnya, pemerhatian awal mendapati haiwan itu berada dalam keadaan stabil.

Mohamad Hafid memberitahu, kejayaan tangkapan itu memberi kelegaan dan keyakinan kepada penduduk kampung untuk kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

"Sebarang maklumat berkaitan hidupan liar boleh disalurkan kepada talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau menerusi laman web rasmi di www.wildlife.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!