Zahnita Wilson hadir ke Mahkamah Syariah

Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan di Mahkamah Syariah Kuantan pada Jumaat. Foto Sinar Harian
Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan di Mahkamah Syariah Kuantan pada Jumaat. Foto Sinar Harian
A
A
A

KUANTAN - Bekas peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson hadir untuk mendengar tiga kes sebutan semula di Mahkamah Syariah Kuantan pada Jumaat.

Tiga kes yang akan sebut ialah tuntutan atau permohonan perceraian, permohonan perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadhanah atau hak lawatan serta hak bermalam.

Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.55 pagi dengan mengenakan jubah biru muda ditemani abang kandungnya.

Abdul Zackery turut hadir ke Mahkamah Syariah pada Jumaat.foto Sinar Harian
Abdul Zackery turut hadir ke Mahkamah Syariah pada Jumaat.foto Sinar Harian

Diikutinya suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47 yang bersama beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga terdekat.

Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu juga menuntut perceraian secara fasakh selepas memfailkannya pada 3 Disember tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!