Polis siasat kenyataan hina Agong di Facebook

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kenyataan disyaki menghina paparan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Presiden China, Xi Jinping di Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan diterima pihaknya di Kota Samarahan, Sarawak pada jam 11.18 pagi, Khamis.

Menurutnya, semakan mendapati terdapat dua akaun Facebook yang didaftarkan atas nama dan gambar pemilik akaun yang sama.

“Pemilik akaun berkenaan telah tampil untuk membuat laporan penafian.

"Ini selepas dia (pemilik akaun) mendakwa menyedari terdapat akaun lain yang didaftarkan di atas namanya dan menggunakan gambarnya," katanya pada Khamis.

Razarudin berkata, laporan dibuat pengadu kerana bimbang terjadi apa-apa di kemudian hari.

Katanya, siasatan akan diteruskan setelah pihaknya menerima laporan analisis risikan media sosial daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Terdahulu tular di media sosial tangkap layar gambar Yang di-Pertuan Agong dan Presiden China dengan paparan kapsyen disyaki menghina.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!