PM puji program R.I.S.E anjuran Maybank, bawa impak positif di ASEAN

Anwar menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maybank pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maybank pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E. (Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship) di bawah Maybank telah membawa impak positif di Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, program itu telah membuktikan bahawa usaha yang berasaskan inklusiviti dan keberdayaan mampu membuka peluang yang lebih luas untuk semua.

"Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maybank hari ini sebelum berlepas bagi lawatan kerja ke Thailand.

"Saya turut berkesempatan menyampaikan anugerah penghargaan kepada para peserta program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E., satu inisiatif penting oleh Maybank dalam memperkukuh semangat keusahawanan, khususnya dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik termasuk golongan Orang Kurang Upaya di rantau ASEAN.

"Tahniah kepada Maybank atas inisiatif murni ini, moga program seperti ini terus berkembang demi membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!