Wanita rugi lebih RM30,000 diperdaya tawaran kerja dalam talian

Seorang wanita kerugian sebanyak RM30,200 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian. Gambar hiasan
Seorang wanita kerugian sebanyak RM30,200 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita kerugian sebanyak RM30,200 akibat diperdaya sindiket tawaran kerja dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 4 April lepas, mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang ingin memberi hadiah lampu solar sebagai penghargaan.

Beliau berkata, bagi mendapatkan hadiah terbabit, mangsa perlu menyertai satu kumpulan WhatsApp yang menawarkan tugasan di platform e-dagang dengan komisen yang besar.

"Pada awalnya, mangsa telah membuat beberapa tugasan dan menerima bayaran yang dijanjikan.

Namun, pada tugasan berikutnya mangsa tidak diberikan bayaran kerana didakwa lambat menyiapkan kerja diberi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Azli berkata, mangsa telah membuat enam kali transaksi kepada suspek berjumlah RM30,200 untuk mendapatkan komisen yang dijanjikan, namun masih gagal.

"Mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis pagi semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!