Warga emas maut, kereta kemalangan dengan lori pasir

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa di lokasi kemalangan. - Foto BBP Kulai.
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa di lokasi kemalangan. - Foto BBP Kulai.
A
A
A

KULAI – Seorang warga emas maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Bemban, Jalan Ayer Hitam-Kulai di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Mohd Firdaus Juritah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 11.02 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan, satu jentera fire rescue tender (FRT), satu unit jentera perkhidmatan penyelamatan perubatan kecemasan (EMRS) dengan enam anggota termasuk Komander Operasi kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Rozani Rosdi dari BBP Kulai, dihantar ke lokasi sejauh 19 kilometer (KM).

Lori yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Kulai
Lori yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Kulai

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi pada jam 11.25 pagi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan lori dengan muatan pasir.

“Pemandu kereta Toyota Vios iaitu seorang lelaki berusia 76 tahun telah dikeluarkan menggunakan peralatan khas, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori pula disahkan selamat.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.26 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!