Fadiah Nadwa beri keterangan di Bukit Aman

Fadiah (tiga kiri) berhimpun di hadapan Bukit Aman.
Fadiah (tiga kiri) berhimpun di hadapan Bukit Aman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga aktivis Fadiah Nadwa Fikri hadir di Bukit Aman, hari ini, bagi memberi keterangan berhubung kenyataan dipercayai berunsur hasutan yang dimuatnaik di laman sosial.

Fadiah Nadwa turut berhimpun bersama penyokongnya yang menunjukkan solidariti kepadanya di hadapan pintu pagar utama Bukit Aman pada jam 11 pagi.

Beliau dalam ucapan ringkas sebelum memasuki Bukit Aman memaklumkan, dia dipanggil untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan.

"Saya turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998," katanya.

Turut hadir memberi sokongan kepada Fadiah Nadwa, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum ini memaklumkan, pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa dipercayai memuat naik kenyataan dengan sengaja berunsur hasutan yang boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan dan boleh mengganggu gugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Artikel Berkaitan: