'Pulanglah Damia, kami tak marah'

Damia Yusrina dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kampung Sungai Kluang Laut, Rengit sejak Sabtu lalu.
Damia Yusrina dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kampung Sungai Kluang Laut, Rengit sejak Sabtu lalu.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang remaja perempuan, Damia Yusrina Abdul Halim, 16, dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Kampung Sungai Kluang Laut sejak Sabtu lalu.

Ibu saudaranya, Adibah Jahidin, 38, berkata, kehilangan Damia disedari ketika ibunya yang berusia 70 tahun mahu mengejutkan cucunya itu untuk menunaikan solat Subuh.

“Pada jam 10 malam, Damia masih berada di rumah. Kami mencarinya di sekitar kampung dan rumah ibu angkatnya, tetapi tidak jumpa, termasuk di rumah ibu angkatnya di bandar.

“Laporan polis dibuat pada hari yang sama,” katanya.

Menurut beliau, Damia baru tinggal bersama ibunya sejak Oktober lalu selepas dibesarkan oleh keluarga angkat, dan dipercayai keluar hanya membawa duit raya serta tidak memiliki telefon bimbit.

“Ibu Damia sangat risau. Kami cuma mahu dia selamat. Pulanglah, dik. Jangan takut, kami tak marah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan laporan diterima dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Inspektor Mohammad Firdaus Kamaruddin di talian 011-30440537.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999, Hotline Polis Daerah Batu Pahat di talian 07-4343999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!