Dulu marah, kini rakan baik - Khlir

Tangkap layar video Khlir memandang Lip Eng sebelum menyuruhnya diam selepas ahli Parlimen itu mencelah di Dewan Rakyat.
Tangkap layar video Khlir memandang Lip Eng sebelum menyuruhnya diam selepas ahli Parlimen itu mencelah di Dewan Rakyat.
A
A
A

KOTA BHARU - Video tular sejak beberapa hari lalu yang memaparkan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor memarahi seorang ahli Parlimen adalah video lama.

Perkara itu diakui Khlir yang ketika itu memarahi Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ketika sedang memberi cadangan kepada Menteri Pertahanan (ketika itu), Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai hak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut Perlembagaan Malaysia dan Akta Angkatan Tentera 1972.

"Video itu pada 2022 dan selepas itu kami menjadi rakan baik," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Khlir memberitahu, ketika sedang bercakap, Ahli Parlimen Kepong itu mencelah supaya beliau duduk.

"Memang marah kerana ada beberapa perkara yang perlu saya cadangkan kepada menteri mengenai masalah veteran ATM ketika itu," katanya.

Bagaimanapun, Khlir memberitahu, Lip Eng dan beliau kini bertanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Parlimen.

"Kami memang tiada masalah, beliau juga seorang yang baik dan mungkin beliau ketika itu belum mengenali saya," katanya.

Sebelum ini tular video memaparkan Khlir memarahi Lip Eng dan menyuruhnya diam serta memaklumkan pernah bertempur dengan komunis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!